Latar Belakang

Metaverse,Technology,And,Business,Presentation,,Businessman,Working,At,Global,Meeting

Persidangan Kebangsaan Neksus GRPB 2025 adalah platform penting yang diadakan untuk meningkatkan pemahaman, perkongsian ilmu, dan amalan terbaik berkaitan dengan Bajet Responsif Gender atau Gender Responsive Budgeting (GRB) dan Bajet Penyertaan Rakyat atau Participatory Budgeting (PB).

Mensasarkan kumpulan pelaksana dan pembuat dasar di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh Malaysia, persidangan ini memberi tumpuan kepada gabungan kedua-dua konsep bajet yang boleh direplikasi dan dilaksanakan oleh PBT-PBT seluruh Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip SDG dan Malaysia Madani.

Persidangan akan turut memfokuskan pengalaman Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang menjadi pemula kepada GRB di Malaysia sebagai rujukan kepada PBT-PBT lain dalam usaha meningkatkan keterangkuman dan keberkesanan perancangan bajet di peringkat kerajaan tempatan.

Matlamat

Businessman,Analyzes,Business,Goals,And,Growth,In,2025,,Planning,And
Budget,Concept.,Financial,Planning,,Corporate,Finance,,Annual,Strategy,Plan,,Calculate

Tema Persidangan

Katalis Bajet Inklusif PBT

Tema ini membawa maksud PBT berperanan sebagai pemangkin utama (katalis) dalam mempercepat dan menggerakkan perubahan ke arah perancangan dan pelaksanaan bajet yang lebih inklusif, adil, dan responsif gender selaras dengan aspirasi konsep Malaysia Madani menerusi inspirasi amalan PBT-PBT di Pulau Pinang.

K

KEPIMPINAN BERANI DAN BERPRINSIP

PBT perlu memimpin dengan keberanian untuk menyuarakan keperluan komuniti rentan dan menolak status quo yang patriarki. Kepimpinan yang progresif ialah kunci untuk merombak sistem yang sedia ada.

speaker-on-stage

A

ANALISIS GENDER BERASASKAN DATA

Pengumpulan dan penggunaan data pecahan jantina serta keperluan khusus komuniti adalah asas kepada bajet yang responsif. Tanpa analisis ini, perancangan kekal berat sebelah dan tidak seimbang.

male-and-female

T

TATAKELOLA INKLUSIF DAN TELUS

Sistem bajet perlu memperkukuh akauntabiliti melalui proses penyertaan komuniti, audit gender, dan mekanisma pemantauan yang terbuka. Ketelusan ialah pemangkin kepercayaan rakyat.

bank-building

A

AKSES SUMBER SECARA SAKSAMA

Peruntukan bajet mesti memastikan akses kepada kemudahan awam, peluang ekonomi dan sokongan sosial yang adil tanpa mengira jantina, latar belakang atau kebolehan fizikal.

balance

L

LIBAT URUS KOMUNITI

Melibatkan kumpulan wanita, belia, OKU, warga emas dan komuniti terpinggir dalam perancangan bajet bukan sekadar simbolik tetapi asas kepada pembentukan dasar yang realistik dan mesra rakyat.

group

I

INOVASI PERKHIDMATAN AWAM

PBT perlu membuka ruang kepada pendekatan baharu seperti GRPB, sistem maklum balas digital, atau platform bajet rakyat yang interaktif.

idea

S

SOLIDARITI RENTAS SEKTOR & AGENSI

Usaha menjadikan bajet lebih inklusif memerlukan kerjasama strategik antara PBT, NGO, institusi penyelidikan, pembuat dasar dan komuniti akar umbi.

teamwork